ZEANNA ™
Beauté Line
Natural Anti-ageing range
Zeanna Beauty adalah rangkaian produk penjagaan kulit berasaskan sumber semulajadi dan diformulasasikan untuk membantu melambatkan proses menuaan dan merangsang pertumbuhan sel baru. Penemuan dari kajian intensif menunjukkan produk zeanna berupaya melindungi kulit daripada kesan kerosakan serta membantu membaik pulih dan menambah kelembapan kulit yang begitu ketara. Produk zeanna sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif kerana bahan-bahan yang di gunakan adalah bebas dari alkohol dan pewarna.
Set penjagaan kulit Zeanna Beauty terdiri daripada produk-produk berikut:
1) Clarifying Cleansing Gel
2) Hydrating Treatment Essence
3) Age Defying Day Crème
4) Age Defying Night Crème
Set penjagaan kulit ini menggunakan sinergi pelbagai bahan aktif herba yang berkualiti tinggi melalui kaedah-kaedah berikut:-
Merawat, melindungi dan memelihara kesihatan kulit secara semulajadi.
Membantu mengurangkan garis-garis halus dan tanda-tanda penuaan.
Melindungi kulit dari pancaran sinar UVA dan UVB
Mencegah daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Membantu merawat kulit dan mempercepatkan penghasilan kolagen.
Meningkatkan kesan penyerapan bahan aktif ke dalam kulit.
Memelihara kelembutan kulit bagi menghasilkan kulit yang muda dan berseri.
Teknologi NANO
Keunikan produk Clarifying Cleansing Gel dan Age Defying Day Cream adalah tertumpu kepada penggunaan bahan aktif nano berbentuk glycosphere dimana ianya memudahkan bahan aktif tersebut menyerap ke dalam kulit.
Rangkaian penjagaan kulit ini turut dibangunkan dan diformulasi untuk melembab, mencerah dan menegangkan kulit muka agar menghasilkan struktur kulit yang muda dan sihat di samping warna kulit yang sekata dan berseri.
Produk ini telah dibangunkan oleh sekumpulan pakar penyelidik dan ahli formulasi kosmetik berpengalaman. Produk-produk ini juga turut dibangunkan, diformulasi dan diuji mengikut keperluan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan. Ujian keberkesanan produk turut dilakukan terhadap sukarelawan dalam lingkungan usia 30 – 55 dan hasil keputusan yang diperolehi adalah memuaskan.
Kajian Saintifik
Dari kajian saintifik formulasi produk Hydrating Treatment Essence dan Age Defying Night Crème diklasifikasikan sebagai: Tiada merengsakan kulit dan mata
Selain dari itu ;
Ujian in-vitro menunjukkan ekstrak dari produk ini:
Melawan radikal bebas
Merangsang penghasilan kolagen oleh sel fibroblast
Merencat pengespresan melanin
Melindungi daripada sinaran ultra lembayung
Ujian in-vivo menunjukkan peningkatan signifikan terhadap:
Keseimbangan tona dan keanjalan kulit
Melembab dan melembutkan kulit
Kelebihan pada produk Hydrating Treatment Essence dan Age Defying Night Crème ialah:-
v Produk ini menggunakan sumber tempatan semulajadi iaitu exstrak tempe
v Berasaskan makanan
v Terhasil dari proses fermentasi/penapaian
v Mengandungi isoflavon ( fitoestrogen) yang berfungsi melambatkan penuaan.
v Produk ini telah terbukti berkesan sebagai agen anti penuaan dan pencerahan kulit.
1) Clarifying Cleansing Gel
Diformulasi tanpa mengeringkan kulit, membersihkan minyak, sel-sel kulit mati dan debu yang terlekat pada kulit wajah. Fungsi gel ini ialah untuk membersihkan kulit muka dari kekotoran dan kesan makeup. Sesuai untuk semua jenis kulit. Mengandungi vitamin E, minyak biji anggur, ekstrak Aloe Vera dan ekstrak timun.
Menggunakan teknologi nano untuk membersihkan kulit lebih mendalam dan dapat menembusi permukaan kulit. Dengan teknologi nano ini kekotoran didalam kulit dapat di bersihkan dengan lebih baik dan berkesan.
2) Hydrating Treatment Essence
Cara penggunaan:
Titiskan di kapas sehinggan basah dan sapukan ke seluruh muka sebagai penyegar. Gunakan sebagai toner pada bila-bila masa untuk menghidrat semula kulit.
3) Age Defying Day Cream
Diperkaya dengan antioksida bagi mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, berfungsi mempercepatkan penghasilan sel-sel kulit baru bagi menghasilkan kulit yang licin dan sihat. Mengandungi vitamin E, ekstrak buah anggur, vitamin A, ekstrak Sage dan ekstrak Chamomile.
Menggunakan teknologi nano untuk membersihkan kulit lebih mendalam dan dapat menembusi permukaan kulit. Dengan teknologi ini kekotoran didalam kulit dapat di bersihkan dengan lebih baik. Tahap penyerapan bahan-bahan kosmetik terhadap kulit juga lebih tinggi dan ini akan memberikan kesan maksima untuk pemutihan dan anti-penuaan .
4) Age Defying Night Crème
Krim malam yang diformulasi khusus bagi mengembalikan keanjalan kulit melalui pembentukan lapisan kolagen semulajadi yang baru.
Cara penggunaan
Gunakan pada wajah yang telah dibersihkan. Lebih baik sejurus selepas menggunakan Hydrating Treatment Essence untuk mendapatkan kesan optima. Hanya boleh digunakan pada waktu malam dan DILARANG digunakan pada waktu siang untuk mengelakkan kesan sampingan dari sinar matahari (reverse action).
No comments:
Post a Comment